Tuesday, October 6, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga blog ini dibuat setelah beberapa kali ditangguhkan. Aku memilih nama ini untuk blog ini kerana semangat untuk berjihad di jalan Allah menentang musuh-musuh Allah terasa ada walaupun masih aku belum mampu untuk mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama saudaraku sekalipun menyumbang wang atau harta. Tetapi jihad itu sendiri mempunyai maksud yang luas dan hadith Rasulullah pernah menyatakan jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu. Manakala di dalam konteks jihad yang aku maksudkan di sini adalah jihad di akhir zaman yang mana jihad menentang musuh-musuh Islam yang semakin hari semakin menginjak-injakkan kaki-kaki mereka di atas kepala ummat Islam di merata dunia manakala di negara kita sendiri Agama Islam ini semakin dicabar-cabar dan anak-anak Islam pula semakin leka dan lalai diulit hiburan dan keruntuhan akhlak anak-anak ini semakin menjadi-jadi. Islam semakin dirosakkan oleh penganutnya sendiri.

Apa yang mampu aku buat adalah berkongsi maklumat dan pendapat agar sama-sama dapat kita sedar dan insafi atas fenomena yang melanda di akhir zaman ini. Semoga Allah memberkati perjuangan kita melalui medium ini dan semoga kita tergolong di kalangan Mujahidin fi Sabilillah.

No comments:

Post a Comment